28 December 2012

Happy New Year 2013!!!


Hari jadi yang ke-3 tahun dan yang ke-2 tahun

Selamat Tinggal 2012... dan Selamat Datang 2013!!!

Pelbagai ujian, pelbagai dugaan, pelbagai kenangan dan berbagai rasanya yang suka ada, yang duka pun ada tapi itulah lumrah dunia. Demi kehidupan harus diteruskan... Perjuangan belum selesai.

Kami bersyukur atas dunia ini dengan limpah kurnia kasih kami pada anak2 yang tiada nilainya walaupun melayan dengan karenah yang semulajadi mereka. Anugerah ni memberi kekuatan dan tulang belakang kekeluargaan.

Semakin dewasa semakin bijak mereka ni. Betul jugak kata kawan di facebook, bila masih bujang nak khawin, bila dah kawin nak anak, dah ada anak nak mereka berjalan, bila anak dah berjalan disuruh bercakap, bila dah pandai cakap tak berhenti-henti bercakap je, tanya macam-macam, dah pening pulak. Bila anak dah sekolah nak anak bekerja untuk berdikari bila ibubapa tiada kelak (asas penting SOLAT! jangan ditinggalkan), bila dah bekerja dijodoh-jodohkan dengan sesiapa dihati (pilihan sendiri @ ibubapa), dan seterusnya sampailah usia lanjut.

Kitaran...!

Tahun baru ini penuh senarai dengan azam baru. Dorongan dan kata-kata semangat menjadikan kami semua menjadi insan yang sempurna. Terima kasih semua walaupun sudah belalu tahun 2012.

Alhamdulillah!

25 October 2012

Bulan Zulhijjah

Diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:

“Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.”

(HR Imam Ahmad & An-Nasa’ie)

25 September 2012

Doa Keluarga Bahagia.

MaRi MeNcUbA PeTua

Menghalau Semut:
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

Meredakan  Batuk:
Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.

Mewangikan  Rambut:
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan.  Kemudian gosokkan ke seluruh kepala.  Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

Rawatan Anak Demam Panas:
Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Daun Sirih Ubat Kembung Perut:
Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah:
Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.

Gusi Berdarah:
Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah
  1. Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi; @
  2. Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam

Tahukan Anda?

Solat tak diterima 40 malam (Horoskop)

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 malam.” (Sahih Muslim)

Masyarakat Islam sama ada secara sedar atau tidak, sebenarnya tidak terkecuali daripada pengaruh horoskop tanpa mengetahui ia boleh menyebabkan berlaku krisis akidah.

Isu horoskop dalam sudut akidah tidak boleh dipandang remeh kerana ia umpama virus yang diserap masuk dalam pemikiran umat Islam dan secara secara langsung merosakkan akidah serta pegangan Islam.

Justeru, umat Islam katanya perlu menjauhi dan meninggalkan amalan mengikuti perkembangan horoskop atau yang seumpamanya kerana ia hanya merosakkan akidah, menyebabkan jauh daripada rahmat dan petunjuk Allah SWT.

Kejahilan umat Islam mengenai persoalan menilik nasib menyebabkan berlakunya krisis akidah dalam kalangan umat Islam.

Ada masyarakat dan individu tidak didedahkan dengan ilmu agama sejak kecil, menjadikan mereka tiada pengetahuan agama lalu mengambil mudah apa saja ditaburkan termasuk ramalan horoskop tanpa menyedari bahayanya kepada akidah mereka.

24 September 2012

Sepohon Kayu...


















(Bermula didikan dari rumah membawa kesejahteraan)



Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya

Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya...
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya...    (ulang)

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri ( ulang 1x )


Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang ( ulang 1x )

Kami sembahyang di malam waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi ( ulang 2x )
 

Lirik Lagu Sepohon Kayu - Saujana.

13 September 2012

Nur Aleesya... suka nyanyi dan mengaji

air pasang dalam surut pukul tiga
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi kolam
itik bertelur ayam mengeram...

cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit-jerit
naik keretapi singgah kuala lumpur
jumpa budak cantik menyorok bawah dapur...

(Lagu kanak-kanak kegemaran Aleesya)