28 December 2012

Happy New Year 2013!!!


Hari jadi yang ke-3 tahun dan yang ke-2 tahun

Selamat Tinggal 2012... dan Selamat Datang 2013!!!

Pelbagai ujian, pelbagai dugaan, pelbagai kenangan dan berbagai rasanya yang suka ada, yang duka pun ada tapi itulah lumrah dunia. Demi kehidupan harus diteruskan... Perjuangan belum selesai.

Kami bersyukur atas dunia ini dengan limpah kurnia kasih kami pada anak2 yang tiada nilainya walaupun melayan dengan karenah yang semulajadi mereka. Anugerah ni memberi kekuatan dan tulang belakang kekeluargaan.

Semakin dewasa semakin bijak mereka ni. Betul jugak kata kawan di facebook, bila masih bujang nak khawin, bila dah kawin nak anak, dah ada anak nak mereka berjalan, bila anak dah berjalan disuruh bercakap, bila dah pandai cakap tak berhenti-henti bercakap je, tanya macam-macam, dah pening pulak. Bila anak dah sekolah nak anak bekerja untuk berdikari bila ibubapa tiada kelak (asas penting SOLAT! jangan ditinggalkan), bila dah bekerja dijodoh-jodohkan dengan sesiapa dihati (pilihan sendiri @ ibubapa), dan seterusnya sampailah usia lanjut.

Kitaran...!

Tahun baru ini penuh senarai dengan azam baru. Dorongan dan kata-kata semangat menjadikan kami semua menjadi insan yang sempurna. Terima kasih semua walaupun sudah belalu tahun 2012.

Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment