10 September 2013

Syawal - Zulkaedah

Alhamdulillah kemenangan bagi kita semua selepas Ramadhan, menjelangnya Syawal iaitu hari kemenangan bagi umat islam sedunia. Nak kongsi bersama-sama bukan topik Syawal mahupun Zulkaedah tapi mengenai CARA-CARA MENDIDIK ANAK-ANAK. Anak yang dilahirkan dari hasil benih ataupun zuriat kita ini ibarat sehelai kain putih yang bersih lagi suci. Jika Ibubapa pandai dan bijak mengurusnya Insyaallah anak-anak akan berjaya sejak dalam kandungan ibu 9 bulan 10 hari.

Safiy Asyraf pada tahun 2009

Aleesya pada tahun 2010
Ada 4 peringkat dan tatacara mendidik anak-anak:-

Peringkat 0 - 6 tahun
Membelai mereka dengan kasih sayang ibubapa tanpa mencederakan mereka (merotan) kerana mereka memerlukan perhatian secukupnya. Bergurau senda dengan mereka dan memangil mereka dengan manja ataupun dengan belaian manja.

Peringkat 7-14 tahun
Berikan mereka tanggungjawab agar membentuk peribadi yang berdisplin. Arahan yang mereka boleh dengar bila suatu hari mereka tidak mempertikaikan bila sudah dewasa. Mengajar mereka tentang rukun-rukun islam yang wajib antaranya SOLAT, puasa dan lain-lain lagi.

Peringkat 15-21 tahun
Apabila mereka sudah akhil baligh (dewasa/matang), perlu ada hubungan seperti seorang rakan/sahabat, berkawan dengan mereka dan mendengar pendapat mereka juga tapi pastikan ada tahap seorang anak dan ibubapa agar tidak bertentangan dengan syariat islam. Hormati anak-anak dan hak mereka juga.

Peringkat 21 tahun keatas
Sudah tiba masanya mereka membuat keputusan sendiri dan memberikan kebebasan berfikir serta penilaian sempurna, kita sebagai ibubapa hanya memberi panduan nasihat dan tegur mereka bila melampaui batas  kerana anak-anak kita seorang islam yang dipandang mulia dan dicontohi oleh agama-agama lain.

Mudahan semuanya dapat terlaksana dan tidak terabai dengan duniawi (penyakit wahan). wallahua'lam.

Aleesya dan Asyraf
Hasil kerja Asyraf (sebuah Helikopter)
Aleesya dengan karya tersendiri (Kapal Terbang)

No comments:

Post a Comment