30 January 2013

Kedatangan 12 Rabiul Awwal 1434H


Lagu kanak-kanak bagi sesiapa yang masih ingat lagi lirik ini:

Anak nabi kita,
Ada tujuh orang,
Tiga lelaki,
Empat perempuan,
Kasim,
Abdullah,
Ibrahim,
Fatimah,
Zainab,
Siti Rokiah,
Ummi Kalthum.

yang lebih menyentuh perasaan lagu daripada Kumpulan Raihan, sama-sama kita hayati.
Klik link.
http://www.youtube.com/watch?v=8PJrWZYSmes

Terima Kasih.

08 January 2013

Zoo Negara

Jom masuk Zoo Negara, apalagi bila dah dapat pas, terus ke bahagian pertunjukkan, anak-anak nak sangat lihat anjing laut, burung kakak tua dan monyet beraksi.

Pertunjukan Menarik di Zoo Negara


Di kandang Zirafah

Asyraf dan Aleesya bagi makan gajah. 1 batang tebu caj RM3.00

Anak-anak usap kepala kuda kecil


Singa yang sedang berbaring

Bila dah berjalan 1 pusingan tasik dah penat sebab kawasannya luas, apalagi tahan bus zoo tapi kena bayar tiket dahulu ye dikaunter baru boleh naik. Cuaca ok agak baik, paling teruja dapat tengok gelagat harimau bintang, ada singa yang merayau-rayau nak mencari tempat bermain, ada juga buaya. Kami singgah di taman burung dan rama-rama yang agak menarik disitu, bermacam-macam spesis (kuasa Allah swt). Jam pun dah pukul 5 petang cepat masa berlalu, anak-anak pun kepenatan waktu untuk pulang ye anak-anak tapi sebelum tu kami beli cenderahti untuk kenangan. Best...

03 January 2013

Bercuti di Cameron Highland, Pahang

Bergambar dipuncak Cameron Highland.

Percutian yang seronok dengan keluarga bila dapat peluang berjalan di negeri orang. Kami menginap di Brinchang sebab disana dekat dengan kawasan pasar, tempat menarik seperti Butterfly Farm dan tempat membeli-belah. Kalau dengar je Cameron Highland pasti ada yang terfikir ini kawasan perladangan Teh Boh.

Tidak sama sekali walau ia terkenal dengan kawasan sejuk dan ladang teh. Banyak lagi tempat menarik disini. Peranginan yang menarik, cuaca disana agak sejuk sekitar 15-20 darjah celsius. Terdapat jugak Central Market di Cameron Highland tapi disana ada jual pelbagai jenis cenderahati ada juag jual pokok Cactus and roses. Paling ramai korang nantikan dan yang pasti suka iaitu Strawberry. Mmmm sedapnya alhamdulillah, kalau yang berpeluang dapat petik sendiri buah Strawberry lagilah seronok.

Buah Strawberry yang segar.

Sesiapa yang hendak kesana pastikan perancangan anda berjalan lancar terutama musim cuti. Kalau yang nak Honeymoon lebih tenang disini bagi yang baru berkahwin. Jangan risau tempat penginapan banyak disana kalau boleh booking dulu agar selesa nak bercuti. Perjalanan dari KL ke Cameron Highland pun lebih kurang 2jam jugak tapi hati-hati ingat orang tersayang.

Oklah nanti ada cerita menarik kita kongsi bersama-sama. Bye.