22 February 2013

Suburkan Hati ini



Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima
Cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku...

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya ohhh...

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku...
ooooohhhhh.... oooohhhoo... oooo....

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar...
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih.....

(Jay Jay Feat Mirwana)
...................................

20 February 2013

BBQ dan dengar cerita Abah dan Mak selepas pulang menunaikan Umrah.

Udang Galah dari Endau Rompin. 

BBQ Udang, Kambing dan Ayam yang sedang dibakar.

Terbaik!...






Ahad, 10/02/2013, pada tahun baru cina dapat cuti plan dengan adik-beradik buat BBQ. Suasana agak redup dan cuaca tidak panas sebab musim hujan ketika itu. Kita hanya merancang dan akhirnya dan hasilnya terbaik!!!...

Dengan rempah terbaik untuk daging kambing (lamb), ayam rempah terbaik buatan sendiri dan udang galah serta udang harimau dari Endau Rompin. Kalau sesiapa ke Endau-Rompin bolehlah cari udang galah disana, besar-besar dapat jumpa yang segar lagi cun. Sambil bakar lauk-lauk ini abah dan mak cerita perjalanan ketika menunaikan umrah 1434H bersempena juga dengan Maulidur Rasul (Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w) pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah. Tengok raut wajah mereka pun gembira dan sentiasa senyum je walau abah tu suka kenakan mak hehe.

Niat abah mak terlaksana bila dapat kesana, berbeza keadaan disana ketika menunaikan fardhu islam yang ke-5 (Fardhu Haji) dahulu. Suasana dan pembangunannya berubah dengan maju. Alhamdulillah... Abah mak syukur dan mudahan dapat kesana lagi dengan izin Allah swt dengan anak-anak dan cucu-cicit.

Sebut je cucu, Aleesya dan Asyraf duk (asyik) bermain dengan rama-rama, apalagi seronok dapat pegang rama-rama ditangan tapi tak boleh lama-lama kena lepaskan. 1... 2... 3... lepas dan terbanglah rama-rama cantik itu.

Selamat aku dari dikerjakan budak-budak kenit dua orang tu. (Rama-rama)