11 June 2013

IQ anak-anak dengan senaman

Salam dan Selamat Sejahtera Semua...!



Minda anak-anak ni kalau nak di fikirkan memang terlalu jauh dan mereka berimiginasi yang sangat tinggi. Kadang kala tak tercapai akal seorang dewasa dan mereka hanya perlu pengawasan bagi orang yang berakal positif atau ibubapa, guru mahupun pengasuh. Alam kanak-kanak memang luas walaupun rutin harian mereka hanya makan, tidur dan main. Jika aturan hidupnya berjadual dengan didikan sempurna, insyaallah semuanya dalam keadaan baik. Sekadar berkongsi idea dan pengalaman cetek ini untuk mereka menyelami dunia kanak-kanak kerana mereka memang ingin menerokai alam dewasa lebih meluas lagi dan  mahu mencuba seperti seorang yang telah dewasa.

Antara faktor-faktor anak-anak mudah terpengaruh iaitu TV, gadget terkini, tingkah laku kanak-kanak sebaya, ibubapa dan sebagainya. Di angarkan 50% gelagat anak-anak akat meniru gaya mahupun aksi apa yang mereka dengar dan tonton. Walaupun ibubapa sedang solat, mereka akan ikut dan tiru gaya cara bersolat dengan hanya sekadar pergerakan tangan. Faktor-faktor lain mungkin boleh mempercepatkankan proses IQ seorang kanak-kanak itu aktif dan pantas diantaranya permakanan dan persekitaran juga main perananan penting. Memori mereka ataupun daya ingatan mereka tinggi dan boleh mengulangi semula apa mereka dengar dan tengok.

Sekali sekala kena bawa anak-anak kita beriadah di luar dan menikmati persekitaran yang luas dan pemandangan yang cantik bagi menunjukkan lebih banyak lagi tempat yang indah. Mereka perlu terokai dan mencuba pelbagai aktiviti jika diberi peluang agar menjadi cepat dewasa dan sihat sentiasa.  Perlu ada pengawasan tau!


Antara dialog imiginasi Safiy dan Aleesya.

Aleesya: Adik nak main basikal nie lah, nak kayuh laju-laju macam uncle tadi tapi adik dah penat la bang.
Safiy: Abang dah penat la dik, tak pe abang tolong adik kejar uncle tu.
Aleesya: Cepat abang!
Safiy: Ala... Abang dah penat. Abang nak betul tayar nie dah pancit pulak tapi... macamana ek?
Aleesya: Jom kita rehat dulu ye bang, nanti kita cari idea nak bawa balik basikal nie.
Safiy: Baiklah...
Mummy: Dah penat ye abang, adik, jom kita minum air dulu. Tinggalkan basikal tu kat situ nanti dady bawa balik ek... hehehe
Dady: ?! hehe

No comments:

Post a Comment