03 January 2013

Bercuti di Cameron Highland, Pahang

Bergambar dipuncak Cameron Highland.

Percutian yang seronok dengan keluarga bila dapat peluang berjalan di negeri orang. Kami menginap di Brinchang sebab disana dekat dengan kawasan pasar, tempat menarik seperti Butterfly Farm dan tempat membeli-belah. Kalau dengar je Cameron Highland pasti ada yang terfikir ini kawasan perladangan Teh Boh.

Tidak sama sekali walau ia terkenal dengan kawasan sejuk dan ladang teh. Banyak lagi tempat menarik disini. Peranginan yang menarik, cuaca disana agak sejuk sekitar 15-20 darjah celsius. Terdapat jugak Central Market di Cameron Highland tapi disana ada jual pelbagai jenis cenderahati ada juag jual pokok Cactus and roses. Paling ramai korang nantikan dan yang pasti suka iaitu Strawberry. Mmmm sedapnya alhamdulillah, kalau yang berpeluang dapat petik sendiri buah Strawberry lagilah seronok.

Buah Strawberry yang segar.

Sesiapa yang hendak kesana pastikan perancangan anda berjalan lancar terutama musim cuti. Kalau yang nak Honeymoon lebih tenang disini bagi yang baru berkahwin. Jangan risau tempat penginapan banyak disana kalau boleh booking dulu agar selesa nak bercuti. Perjalanan dari KL ke Cameron Highland pun lebih kurang 2jam jugak tapi hati-hati ingat orang tersayang.

Oklah nanti ada cerita menarik kita kongsi bersama-sama. Bye.

No comments:

Post a Comment