03 June 2013

Selamat Hari Lahir Abah

Sempena hari Yang Di Pertuan Agong pada 2013 (Cuti Umum) dan Hari Kanank Sedunia pada 1/6/2013, amik kesempatan jalan-jalan ke Melaka Bandaraya bersejarah. Al maklumlah cuti sekolah, jalan memang sesak tapi dah booking awal menginap ditengah Pusat Bandar Hilir senang nak jalan-jalan. Kalau naik kereta alamat sesak la. Selamat Hari lahir Abah pada 3 June semoga panjang umur murah rezeki dan kebahagian dunia dan akhirat bersama emak tersayang.

Banyak tempat menarik tapi kena lepaskan hajat anak-anak dulu nak tengok Dinosour, Ayer Keroh, kenalah pegi Melaka Wonderland (Water Park & Theme Dinosour). Tiket Dewasa RM32 & Kanak bawah 3 tahun (90cm ke bawah free). Menarik tapi di bahagian Dinosour (bawah 13tahun) saya syorkan kena pengawasan Ibubapa ye!

Hati-hati Dinosour mengamuk!


Beruang Dinosour dah marah, tengok! selamat kan Pak de.

Alif nun tendang wau, sarkas la hehe... Yang ni dah dijinakan oleh pasangan sehati sejiwa.

Safiy Asyraf takut dengan Dinosour tapi nak tengok jugak tu.

Jom ke Water Park naik train.

Ramai orang mandi-manda.
Sebelah Melaka Wonderland ada Zoo Melaka. Jom kesana...


Sedapnya... dah tak pandang kami jalan kat sebelah dia.
Dah penat, rehat sekejap dengan pekena asam pedas melaka di Jalan PM3 dekat dengan central market Melaka. Petang pergi Melawat Muzium Kapal Melaka & TLDM (Maritiem Mallacca).



Inilah Kapten kapal. (Jack Sparrow)


(Aktiviti waktu malam) Jalan-jalan malam minggu di Uptown Melaka rasa Sup Melaka lepas tu naik Menara Taming Sari. (RM15 seorang) tengok seluruh pemandangan negeri Melaka pada waktu malam, memang cantik.


Cantik beca Melaka pada waktu malam, dengan dendangan lagu-lagu lama. Amboi Mak de...

Esok pagi (2/6/2013) kami naik beca 1 beca RM30. Pakcik tu bawa Mak, Aleesya, Asyraf dan Mumy pusing-pusing dataran Melaka Sementara menunggu Acker 1 iaitu nama Kapal (Melaka Duck Tour) pusing pulau 2, Melaka. Ada Pulau Silap Mata pelik tapi benar, kena pergi tau... (RM 38 Dewasa, Warga Emas RM27 and Kanak-kanak RM22).

Mak, menantu & cucu-cucu.

Aleesya naik Duck Tour, Melaka.
Jam tepat pukul 12 tengahari, terus gerak ke Pantai Klebang (dekat area Muzium Kapal Selam). Makan tengahari di Pantai Klebang. Lepas solat zohor, rehatkan badan, petang lepak santai di pantai Klebang, Melaka. Aleesya dan Safiy naik Puteri (nama Kuda) RM10 seorang untuk kanak-kanak. Nampaknya semua kepenatan, dah tiba waktu untuk bertolak pulang. Sebelum pulang beli sedikit juadah dan cenderahati Negeri Melaka. Insyaallah, ada masa, ada rezeki lagi kita datang kembali.

Tips*
1. Sila beli tiket parking 1hari RM5 mudah nak parking kemana-mana.
2. Sila beli tiket untuk esok dan selama mana anda dan family hendak menginap sebab operasi parking bermula awal jam 8.30 pagi. (Melaka)
3. Rancang perjalanan anda dan tempah tempat penginapan awal dan berdekatan tempat yang anda ingin melawat (terutama cuti sekolah).

Semoga begembira dan berjaya.

No comments:

Post a Comment