03 June 2013

Selamat Pengantin Baru Along & Azura!

Walimatulurus Shah & Azura...

Sekalung Tahniah! dari kami sekeluarga dengan pasangannya Azura... Semoga Kebahagiaan membawa kesejahteraan dengan penuh rahmat barakah hingga ke akhir hayat.

"Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi penyayang, Ya Allah Ya Tuhanku, Seandainya telah kau catatkan dia milikku, titipkanlah kemesraan diantara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi, seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan, jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekallan buat selamanya, hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu. Amin Ya Rabbal Alamin."




* 4/5/2013 wakil rombongan pengatin lelaki datang ingin memetik bunga yang sudah dimeterai. (Majlis disebelah pihak pengantin Perempuan)
Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah sempurna segala adat.


Di malam hari terang senegeri, Bulan purnama hingga ke julai,
Majlis gahari bertambah seri, Menyambut kedatangan kedua mempelai.

Tema sebelah pengatin lelaki ala2 syeikh pak arab la...

Pengantin Lelaki dan Pakcik (Wak Amad).


* Majlis sederhana kenduri kahwin untuk menerima menantu pada 12/5/2013. (Majlis disebelah pihak pengantin Lelaki).

Terima kasih tiada terhingga hanya Allah swt dapat membalasnya atas segala usaha kerjasama penduduk setempat dan insan-insan yang berhati mulia telah menjayakan majlis kenduri kahwin Along (shah) & Azura, mahupun secara langsung @ tidak dengan sumbangan tenaga atau pun barang. Jazakallah...




No comments:

Post a Comment