12 October 2011

Hayati Lirik Nie... mmm...

Syukur, syukur dan Alhamdulillah...

Salam semua....

Bertemu kembali sudah hampir setahun tidak menjenguk Blog Dunia dan Kehidupan Bumi.... Manusia mudah alpha dan mudah sangat terlupa di arus permodenan dunia yang serba canggih... Kolabrasi dengan kemajuan IT dan tradisional sekarang jauh perbezaan dari segi wang ringgit dan harga barang-barang keperluan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha untuk sessi 2011 ni pada kalian semua...

Almaklumlah.... sudah berdua, sepasang pulak tu... jeng... jeng... jangan silap tafsir.... cuma anak dah dua orang, seorang hero (lelaki) dan seorang puteri (perempuan) tu yang sepasang. Nak kemaskini and update lah blog ni. Untuk teruskan lagi perjuangan di muka bumi perlu ada sifat sabar, tegas, berpendirian dan berwawasan. Sebagai ketua keluarga atau pemimpin ni harus bijak mengatur masa dan didikan pada anak2 kita. Setelah mendapat ilmu dari kuttbah jumaat, anak yang seusia dalam sehari, sebulan, 9bulan10hari hingga 7tahun seorang ayah, papa, walid, abah harus memberi kasih sayang yang sepenuhnya. Dibelai dan dimanjakan sehingga mendapat perhatian setiap perubahan gerak geri dan wajah anak2.
8tahun-14tahun, dididik dan diajar supaya taat, patuh, berdisplin, menghormati, lebih menjadi bijak dan pandai setiap persoalan difikiran minda anak kerana tahun 2000 penuh cabaran dan saingan dari kalangan anak2 sendiri yang mahu mencuba menjadi seorang dewasa dan remaja berpengetahuan. Agama itu perlu diutamakan dan pendidikan serta dunia luar yang kini dihujung jari sahaja. Remaja diumur 15-21tahun pula seolah2 menjadi rakan or sahabat pada ibu bapa sendiri kerana suara kecil akan menjadi matang, fizikal pun berubah. Setiap masalah, cerita menarik, perancangan masa hadapan dapat dikongsi bersama dengan pengalaman lalu ibubapa agar tidak terdorong dengan kancah yang kurang memberi faedah atau masa depan anak itu sendiri.
21-45tahun keatas adalah seorang dewasa yang berfikiran yang bijak dan dapat membuat keputusan sendiri dan merancang dengan lebih detail lagi untuk masa hadapan.

fuh... celoteh terlalu banyak lupa nak kenalkan baby kedua saya namanya Nur Aleesya Batrisya... See photo dengan abangnya.



Alhamdulillah....