08 July 2013

Ahlan Wa Shahlan Ya Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan 1434H, Semoga Ramadhan tahun memberi banyak syafaat dan barakah pada kita semua. Bulan ramadan untuk kita memperbanyakan amalan untuk mengutip sebanyak mungkin pahala. Memohon keampunan Allah s.w.t pada bulan mulia ini harus kita rebut tanpa alasan kerana keletihan.

Kempen Derma Darah
Antara akitiviti sebelum menjelang Ramadan iaitu Kumpulan Ansara dan Pusat Darah Negara mengadakan PraRamadan Derma Darah diseluruh Negara. Terima kasih kepada semua kerana ini kali pertama saya menderma darah dan mendapat sijil @buku baru untuk derma darah. Antara seorang pakcik saya kenal sampai 12kali menderma darah. Alhamdulillah syukur. Jenis Darah 'O' boleh menderma sebanyak darah untuk orang yang memerlukan (Jenis darah A, B, AB @ O) tapi hanya golongan darah jenis 'O' saja dapat menderma pada jenis darah 'O'. Selagi saya mampu insyaallah saya cuba membantu pada yang memerlukan.





Safiy Asyraf takut tengok darah, tapi semangat nak tengok.

Puasa
Ramadhan tahun ini membawa makna pada kita semua, keagungan illahi sangat dinanti-nantikan oleh mereka yang menunggukan kebesaran fadilatnya. Rasulullah besabda: "Barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka Allah akan mengampuni segala dosa-dosanya yang lalu.".

Antara adab berpuasa perlu di jaga:
Mata - Menjaga peglihatan dari pekara tidak elok atau tidak sepatutnya.
Lidah - Cakap yang tidak berfaedah atau mengumpat dan sebagainya.
Telinga - Mendengar daripada perkara yang tidak disukai. (jauhkan diri dari perkara yang dibenci)
Kaki & Tangan - Dari melakukan perkara yang diharamkan atau maksiat.
Berbuka - Hadkan memakan terlalu banyak kerana sukar untuk penghadaman.
Beramal - Mengerjakan amal ibadah seperti mengaji Al Quran, bertarawih, berzikir dan lain-lain lagi agar kita ada perasaan takut akan kematian.

Semoga kita menyambut Aidil Fitri dengan sederhana dan tidak membazir. Ampun maaf salah dan silap, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H.



No comments:

Post a Comment