25 September 2012

Tahukan Anda?

Solat tak diterima 40 malam (Horoskop)

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 malam.” (Sahih Muslim)

Masyarakat Islam sama ada secara sedar atau tidak, sebenarnya tidak terkecuali daripada pengaruh horoskop tanpa mengetahui ia boleh menyebabkan berlaku krisis akidah.

Isu horoskop dalam sudut akidah tidak boleh dipandang remeh kerana ia umpama virus yang diserap masuk dalam pemikiran umat Islam dan secara secara langsung merosakkan akidah serta pegangan Islam.

Justeru, umat Islam katanya perlu menjauhi dan meninggalkan amalan mengikuti perkembangan horoskop atau yang seumpamanya kerana ia hanya merosakkan akidah, menyebabkan jauh daripada rahmat dan petunjuk Allah SWT.

Kejahilan umat Islam mengenai persoalan menilik nasib menyebabkan berlakunya krisis akidah dalam kalangan umat Islam.

Ada masyarakat dan individu tidak didedahkan dengan ilmu agama sejak kecil, menjadikan mereka tiada pengetahuan agama lalu mengambil mudah apa saja ditaburkan termasuk ramalan horoskop tanpa menyedari bahayanya kepada akidah mereka.

No comments:

Post a Comment